Wednesday, April 15, 2009

Khir Toyo Masih Rindukan Zaman Pemuda?

Sebagai bekas Menteri Besar (MB) adakah kenyataaan sebagaimana yang terpapar dalam akhbar ‘cakna’ itu wajar dikeluarkannya?

Permintaan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo kepada Pergerakan Pemuda UMNO agar bersuara lantang dan berani kepada kerajaan dengan mempertahankan kementerian MeCD yang telah dimansuhkan oleh PM dianggap tidak kena pada tempatnya.

Alasan beliau, sekiranya Pemuda gagal mempertahankan MeCD, bermakna mereka juga gagal menyediakan peluang pekerjaan dan peluang keusahawanan kepada golongan muda.

Biarkan sahaja apa ketua pemuda yang baru yang dipilih 304 perwakilan pemuda (kalau bahagi dengan 4, hanya 76 bahagian pemuda dari seluruh negara sahaja yang memilih dia jd ketua pemuda, so, layak ke dipanggil Ketua Pemuda UMNO Malaysia?) akan laksanakan strategi untuk memenangi hati pengundi muda minat kepada UMNO ini

Ketika mengumumkan barisan kabinetnya minggu lalu, PM Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran kementerian itu, tetapi tidak agens-agensi yang terdapat di bawahnya.

Adakah calon Ketua Pemuda UMNO yang kalah itu lebih ‘Melayu’ dari orang Melayu yang lain?

Adakah wajar beliau berfikiran sebegitu, kerana adakah hanya MeCD sahaja yang membela kaum bumiputera dan golongan muda sebelum ini?

Bagaimana pula dengan kementerian-kementerian yang lain?

Berikut fungsi-fungsi dan agensi-agensi MECD yang diserapkan sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM semalam:

1. Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

2. Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

3. Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

4. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri.

5. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya.

6. Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

7. Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.

9. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Cuba duk perati, kementerian-kementerian yang disenaraikan tu, siapakah menteri-menterinya? ojo riso wak.. kerajaan tetap akan menjaga dasar afirmatifnya.

Sekadar Mengimbau Kenangan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat: “Tak salah berkawan dengan syaitan.”

Kata-kata untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ partinya dengan Dap diucapkannya menjelang pilihan raya umum 1999.

Ditegaskan dalam al Quran; ‘Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata’.

Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’.

Kenyataan tersebut hanya selang beberapa hari selepas Nik Aziz sendiri mengingatkan pemimpin dan petugas Pas supaya tidak menggunakan kata-kata mengaibkan yang boleh menyinggung perasaan parti lawan.

Siapa yang boleh lupa tentang ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau Pas sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.

Apa nak jadi dengan Selangor ni...

Apa nak jadi dengan kerajaan negeri selangor ni aku pun tak tau.
MBnya mahu meneruskan perkhidmatan exco bogelnya juga. Ironinya, menyalahkan polis masih tak selesaikan lagi siasatan.
Buat apa lagi nak jaga orang secara terang-terangan tidak bermoral, takde maknanya si eli tu dikatakan terperangkap kalau senang2 je boleh bawak masuk lelaki yang takde ikatan kekeluargaan langsung...

Tuesday, April 14, 2009

Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Saudara-saudara sekalian, percayalah! Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional, bukan kerana nama Barisan Nasional. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir. Mengekalkan peraturan jahiliyah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku ugama suku.

Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981

PPSMI

Dari segi konsep, bagus dasar ini diteruskan... tetapi, dari segi pelaksanaan sahaja perlu diperbaiki, adakah guru2 yg berkaitan mempunyai nilai tambah?

Sbg cth: pelajar akan merasa bosan apabila guru yang mengajar berada dalam keadaan statik, maka, akan dicop bila masa subjek guru tu ngajar, bebdk pun langsung buat muka takde mood..

apapun, pemahaman lebih penting walau mengguna apa bahasa sekalipun..

Jangan ikutkan sangat hati tu....

salam

apa2 sahaja perkara yang berlaku, menimpa diri kita, jangan terlalu menurut kata hati.. bawak2lah tenangkan fikiran, istighfar banyak2, muhasabah diri, dan percayalah setiap apa yang terjadi pasti ada HIKMAHNYA..

Sekian.