Sebagai bekas Menteri Besar (MB) adakah kenyataaan sebagaimana yang terpapar dalam akhbar ‘cakna’ itu wajar dikeluarkannya? Permintaan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo kepada Pergerakan Pemuda UMNO agar bersuara lantang dan berani kepada kerajaan dengan mempertahankan kementerian MeCD yang telah dimansuhkan oleh PM dianggap tidak kena pada tempatnya.
Alasan beliau, sekiranya Pemuda gagal mempertahankan MeCD, bermakna mereka juga gagal menyediakan peluang pekerjaan dan peluang keusahawanan kepada golongan muda.
Biarkan sahaja apa ketua pemuda yang baru yang dipilih 304 perwakilan pemuda (kalau bahagi dengan 4, hanya 76 bahagian pemuda dari seluruh negara sahaja yang memilih dia jd ketua pemuda, so, layak ke dipanggil Ketua Pemuda UMNO Malaysia?) akan laksanakan strategi untuk memenangi hati pengundi muda minat kepada UMNO ini
Ketika mengumumkan barisan kabinetnya minggu lalu, PM Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran kementerian itu, tetapi tidak agens-agensi yang terdapat di bawahnya.
Adakah calon Ketua Pemuda UMNO yang kalah itu lebih ‘Melayu’ dari orang Melayu yang lain?
Adakah wajar beliau berfikiran sebegitu, kerana adakah hanya MeCD sahaja yang membela kaum bumiputera dan golongan muda sebelum ini?
Bagaimana pula dengan kementerian-kementerian yang lain?
Berikut fungsi-fungsi dan agensi-agensi MECD yang diserapkan sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM semalam:
1. Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
2. Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
3. Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
4. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri. 5. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya.
6. Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.
7. Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.
9. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Cuba duk perati, kementerian-kementerian yang disenaraikan tu, siapakah menteri-menterinya? ojo riso wak.. kerajaan tetap akan menjaga dasar afirmatifnya.