Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Saudara-saudara sekalian, percayalah! Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional, bukan kerana nama Barisan Nasional. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir. Mengekalkan peraturan jahiliyah.
Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku ugama suku.
Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981
No comments:
Post a Comment